Klik Dengan Bijak bersama ahli PI Kg Stungkor Baru
1 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniSeramai 8 orang pelajar iaitu ahli Pusat Internet Kg Stungkor Baru telah terlibat dalam Klik Dengan Bijak yang telah diadakan pada 29 Februari 2020. Objektif ceramah disampaikan adalah untuk memupuk budaya positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet dan risiko yang sering ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka turut diajar cara untuk mengesan kesahihan sesuatu berita yang tular di media sosial dengan membuat rujukan di Sebenarnya.my. Akhir sekali, mereka telah diminta untuk menjawab kuiz samada sesuatu berita yang pernah menular sebelum ini adalah palsu atau benar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: